Pengalaman Seminggu Di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 Assalamualaikum hi!๐Ÿ’•

Memandangkan aku ada masa terluang sekarang, so aku nak share pengalaman aku seminggu berada di UMS. To be specific, seminggu dua hari hehe.

Pada 1/10 lepas merupakan tarikh aku mendaftar di UMS sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun pertama. Tak sangka sekarang dah jadi budak 'degree' haha. Aku ditempatkan di Kolej Kediaman Tun Pangeran Ahmad Raffae atau nama manjanya KKTPAR. Biasanya, budak-budak first year semua dapat kolej ni (kolej paling besar). Ada juga yang dapat Kolej Kediaman Tun Mustapha (TM) or Tun Fuad (TF) mungkin sebab dekat dengan fakulti diorng . idk

KKTPAR

So, kolej ni dia terletak dekat dengan dewan kuliah baru (mungkin sebabtu kitorng ditemptkn d sini, mudah utk ke kuliah) and boleh jalan kaki ke sana. Ada beberapa blok which is A1, A2, A3, B1, B2. Rasanya, B2/B1 hanya untuk lelaki dan selebihnya perempuan. Semua kemudahan ada, mesin basuh tapi tiada dryer ya and dia terima syiling je sobsob. Ada vending machine, water dispenser, beam , anjung , surau, etc. First time aku melangkah kat sini memang aku redha je fasiliti dia emm memangla bangunan lama kot kan. Nak pula aku ni dari Asasi Dengkil KAHKAHKAH. Memang takleh nak bandingla. Bersyukur jela dapat kolej kediaman kan? Ohya, pelajar tahun 1 wajib tinggal di kolej kediaman. Tahun 2 baru bole tinggal luar kot. And begitu juga dengan kenderaan. Kat sini kena pandai-pandai guna bas. Bawah ni contoh pergerakan bas di UMS. Mungkin korang nnti lain2. Depend.


Aku takkan cerita pasal KKTM dan KKTF sebab aku tak tinggal sana. Kalau cerita pasal bilik tu bagi aku ok sahaja, katilnya double-decker ya, tapi 2 orang roommate aku masih tiada. Entah bila diorang datang?? Jadinya, hanya aku dan seorang lagi roommate dari Semporna berada di bilik. Kalau korang dapat bilik ground bersyukurla sebab sini tiada lift ya. Pastu tempat sidai pun banyak dkt bawah. Bilik aku nombor KKTPAR-A2-G-04-01. A2 maksudnya blok 2, ground, rumah 4, bilik 1. Dalam satu rumah tu ada 3 bilik. And dalam satu bilik tu ada 4 katil. so satu rumah ada 12 orang la sepatutnya. Tapi ada juga yang bilik berdua, bertiga. Depend.

MSM

Minggu Suai Mesra. Entahlah, maybe orang lain rasa seronok tapi bagi aku penat bhaii. Tidur jam 12/2 AM bangun pukul 4.30 kau rasa?? Anyway, seronok jugala sebab dapat jumpa orang baru. Berkenal-kenalan. UMS ni majoritinya orang Sabah, tapi orang semenanjung , sarawak pun banyak juga baa. MSM ni diadakan selama 3 hari. 2 hari tu di dewan canselor dekat dengan library. and 1 hari tu di Dewan Kuliah Baru (ikut fakulti). Di sini la aku jumpa macam-macam backgorund dengan macam-macam umur. Terkejut juga ada yang sudah mencecah 26 tahun, 22 tahun etc. Tapi bagi aku, setiap orang ada timing dia sendiri and tak semestinya cepat itu bagus dan lambat itu tidak bagus. Di UMS ni juga accept international student so yeah, kalau ada rezeki bolehla bersosial dengan diorng. Banyak input pasal Uni yang akan kamu peroleh bila join MSM ni. Dapat juga berkenalan dengan Presiden MPP, VVIP, VIP@ orang-orang penting di UMS. Dewan canselor dia sumpah cantik. Dekat sini jugalah korang graduate!

UMS ni dekat saja dengan mall contohnya  1Borneo, jangan risau semua ada.

Air
mesti isu ni hangat diperdebatkan kan HAHA. Seminggu tinggal disini ok sahaja ada ja airnya, cuma pili air tu la kerap rosak, so nah membazirla kalau nda dapat tutup. Bole report di pejabat dekat anjung untuk pembaikkan. Banyak pelajar yang beli baldi sini and yes memang function la kalau tiada air. lagi-lagi baldi bertutup ya supaya bole simpan air. Sejujurnya aku pun tiada baldi bertutup so aku harap ja nda putus airnya nih. Aaminn.

Pendaftaran Kursus
Ni paling crucial sebab benda ni kena pandai urus sendiri. Jadual pun kena susun sendiri. Apa maksud dia tu??
so lepas ja MSM tu link pendaftaran kursus tu akan dibuka. So SEBELUM link dibuka tu patutnya kamu suda ada draft jadual kamu. Mesti kamu tertanya-tanya camna mau susun jadual kan?
So kena dengar betul-betul la taklimat dengan fakulti. Contohnya, saya ambil DS and perlu 17 jam credit hour. Yang kamu perlu tau adalah apa saja subjek yang kena ambil. Kalau kami, ada 7 subjek.
2 faculty core, 1 curriculum, 1 language,1 Philosophy and Contemporary Issues(FIS), 2 Elective liberal. Yang nda perlu fikir apa mau ambil ialah faculty core dgn FIS tu saja. Yang lain tu bole pilih apa kita mau. Kalau language kena band 4 keatas ya baru bole ambil language asing (yang nda pernah kita belajar) if below 4 kena ambil english advance. Maybe kamu masih bingung but issokay aku pun macamtu dulu, nnti bole tanya dengan kawan-kawan. Dapatla kita skill baru iaitu menyusun subjek ikut kemahuan kita, mana yang kita free supaya subject tidak clash dengan subjek wajib tu.

kuliah
So aku baru ja habis kuliah pukul 1 lebih begitu. And aku terus tulis entry ni bagi segar sikit HAHA. Dekat uni ni kita nda bole depend sangat dengan seorang kawan ja. Sebab yala kelas tak sama lagi-lagi kelas elektif tu. Jadi di sinilah kamu belajar buat kawan baru. Haha sekarang ni aku tetiba jadi extrovert walaupun kita malas mau bercakap. Gass sajala.. Kalau subject tu better ikut yang kita minat@ yakin boleh score A , jangan ikut kawan semata-mata ya! kelas minggu pertama  ni santai ja, balik awal sebab pendek ja pengisiannya.

Rasanya itu sahaja penulisan aku. Tak tahu mau cerita apa lagi. UMS pemangkin Mahasiswa Holistik!

Comments

Popular posts from this blog

FOUNDATION JOURNEY | Pengalaman Asasi sains UITM Dengkil | What I can do better from Asasi experience

9 MUET TIPS | TIPS MUET MOD 2023 | HOW TO GET BAND 4.5