Academic : Tips on how to get Straight A's !
Assalamualaikum Hi readers! ๐
Harini aku nak share tips macam mana aku dapat straight A's untuk PT3. Tips ni aku dah lama tulis dalam buku nota aku lepas dapat result PT3, so daripada berhabuk tak kena baca baik aku share dengan korang betul tak? Benda baik kene share maa.. Sebelum tu, meh kita tengok subjek apa je aku ambil waktu PT3.. Jeng Jeng Jeng
(alert: aku guna 'aku kau' tau sorry kalau kedengaran kasar๐)
![]() |
Alhamdulillah Result PT3! |
So macam gambar dekat atas, ada sembilan subjek yang aku ambil waktu PT3 dulu iaitu BM, BM(LISAN), BI, SEJ, GEO, PI, MAT, SAINS, ASK fuhh. Aku masih ingat yang antara subjek favorite aku adalah Matematik, Sains dan Asas Sains Komputer. Geografi also sebab cikgu dia best kahkah semuala dia mau tapau JK. Dulu, peperiksaan PT3 ni bole dikira penting sebab cikgu-cikgu akan letak kau dekat kelas mana based on result. If kau dapat banyak A, cikgu" akan expect kau pandai so diorang akan letak kau dekat kelas depan (kelas STEM @ Sains Tulen). Ramai pelajar yang memang kelas depan sejak F1 akan stay(sebab result tip top?) but ada juga yang keluar sebab tidak minat ambil sains tulen@aliran sains@science stream. Ada juga yang dari kelas bawah, result PT3 tak berapa OK tapi sebab minat@passion, mereka pun masuk kelas depan(mohon dengan HEA) untuk ambil killer subject iaitu Biologi, Kimia dan Fizik (maybe boleh tambah Matematik Tambahan dalam list sebab ramai pelajar fail subjek ni HAHA ). Selain tu, sebenarnya untung masuk science stream sebab kau akan ada banyak pilihan untuk sambung apa selepas SPM. Nak masuk mana" boleh asalkan lepas syarat minimum, minat and ada duit. Tapi aku juga tak nafikan yang stream seperti sastera, ekonomi etc ada banyak peluang menyambung pelajaran selepas SPM, it is just the matter of us. Kau nak ke tak?
Tapi aku tertanya-tanya + jealous dengan junior" yang tak perlu nak hadap PT3 sebab ianya telah dimansuhkan pada tahun 2022. Ish what's wrong with Malaysian education right now? Tapi perasaan tu sekejap je, lama kelamaan aku bersyukur sebab menjadi salah satu batch yang terakhir menduduki PT3. Aku fikir positif je mungkin kerajaan ada plan lain yang lagi baik untuk assess tahap penguasaan junior" dalam akademik.
Anyway, jauh dah aku melencong dari tajuk sorry la kawan". Jom kita straight to the point (Alert: Setiap orang ada cara yang berbeza untuk mencapai kejayaan keh?) Aku tulis dalam point supaya korang senang baca.
Tips on how to get Straight A's PT3
1. Jaga hubungan dengan Allah
- Jaga solat
- Baca Al-Quran
- Zikir
- Jauhi Larangan Allah
- Dekati perintah Allah
- Ikhlas kerana Allah
2. Jaga hubungan dengan Parents dan Guru"
- Tanpa mereka maka siapalah kita
- Doa mereka amat mujarab
- Hormati dan sanjungilah mereka
3. Belajar
- Buat nota dan baca
- Banyak buat latihan
- Fokus, berjadual dan konsisten
- Jangan malu bertanya kepada guru ( WA pun boleh-introvert)
- Keluarkanlah duit untuk beli buku nota/rujukan/latihan (ilmu nih)
4. Matlamat
- Tanya diri kenapa aku nak dapat A dalam subjek ni?/dalam exam ni?
- Apa kesan, baik/buruk
- Masa depan
- Jihadlah kerana Allah
So, itu je tips dia, kedengaran cliche kan? tapi tula yang aku buat waktu PT3 dulu. Berjaya atau tak korang try dulu. Nak main boleh tapi jangan lupa study.๐ Semoga bermanfaat, bye!
Comments
Post a Comment