Degree : Year 1 Semester 1 RECAP!
Assalamualaikum and Hi readers! Yes macam yang korang baca dekat title, harini aku nak cerita pasal pengalaman aku as student UMS sebagai pelajar tahun pertama, semester pertama. Actually, aku ada juga share pengalaman seminggu berada di UMS, to read it you can click here!
Literally, everything went really well the first week I was there, but UMS showed its true color after that! First week tu memang air laju mat, tibe dah start kuliah apa semua kan, haaa time tu la air start slow and lama kelamaan satu titis pun takda. Dahlah nak hadap pendaftaran subjek yang hmm tak efisien langsung (I think all uni are like this so hmm idk), also nak adapt dengan tempat baru, makanan baru, orang baru, homesick! But Alhamdulillah, sebab aku pun memang jenis senang adapt so bagi aku itu bukan masalah besar lah, but kesian yang first time duduk asrama, pastu nak hadap takda air, kau rasa? Air tu basic necessities kot. Aku ada dengar luahan dari UMS Confession dia kata, untuk junior-junior yang nak masuk UMS, if you can choose Uni yang ada air kenapa perlu pilih Uni yang tiada air?(confession masa akhir sem 1) I think this is true, but percayalah entry aku bukan untuk menggalakkan korang tak masuk UMS but aku nak cerita pengalaman pahit manis aku kat sini. Sebab Allah sendiri kata, setiap kesukaran ada kemudahan, bahkan Allah ulang dua kali ayat ni. Cuba korang check Quran surah as-Syarh ayat 5 and 6. So believe it or not, setiap insan yang terpilih untuk masuk UMS ni, dia mampu actually untuk mengatasi setiap masalah yang berlaku. Indeed Uni lain tak diuji semacam kita diuji. so isn't that mean Allah love us more because He gave us this test? Belajar untuk positif, sebab boleh jadi benda yang kita tak suka baik untuk kita, and boleh jadi benda yang kita suka tak baik untuk kita (al-Baqarah: 216).
Habis muqadimah, kita start lah dulu dengan subjek yang aku ambil sem 1 nih. Alhamdulillah, walaupun ada subjek yang aku tak terdetik langsung nak ambik(subjek ppib) sebab yelah berebut kan, kita pun tak fikir panjang just ambil mana-mana yang tak clash dengan core subject. Bak kata orang sekadar memenuhi jam kredit. Mungkin korang tak faham kan? Alaa nanti korang masuk U diorang brief lah. Below was what I took during semester 1.
Waktu tu serius nak ambil bahasa mandarin, but since dia clash dengan core subject, aku takda pilihan lain selain ambil bahasa Arab. Tapi as times goes by, aku rasa option ni lah terbaik! Sebab kita belajar bahasa Al-Quran kot!! Fyi, dekat UMS ni korang boleh pilih mana-mana bahasa yang korang nak (Mandarin, Spanish, France, KadazanDusun, Arabic, Japanese, etc), as long as korang tak pernah belajar or fluent bahasa tu sebelum ni. Yep kena berebut lah masa pendaftaran tu. But syarat dia korang kena MUET Band 4.0 dan keatas sahaja, yang below tu akan ambil Bahasa Inggeris. Aku tak sure untuk course yang lain but mostly pelajar sem 1 kene ambil bahasa until semester 3 (year 2 sem 1), if Arabic language akan sampai level 3 lah kiranya. Boleh rujuk course structure masing-masing.
Dari side lecturer, aku boleh kata semua Ok and Pofessional. Kadang ada lecturer yang ajar awak time lecture but untuk tutorial dia kasi orang lain ajar awak, so bagi aku tak best lah sebab dia macam takda link, but depends, ada orang dia suka je. Macam senior-senior kata lagi-lagi yang lalu fyp tiktok kita haha, dekat uni ni we cannot depend 100% on lecturer saja, kita kena cari bahan pembelajaran yang lain tu sendiri, tak kira la online resources or library kan. Sebab lecturer takkan nak suap semua benda kat kita kan macam sekolah rendah dulu. Alhamdulillah again, sebab sebelum masuk UMS pun aku memang dah ada experience untuk study pembelajaran style Uni tu, so it is not really a big deal for me.
But apa yang berbeza? If korang pernah study di UITM Dengkil, mesti korang tau kan Uni tu kecik comel je haha. So untuk ke kuliah memang tak perlu guna bas. So here in UMS, its huge! so kenelah sometimes naik bas untuk ke kuliah. Nasib baik lah if lokasi Kuliah kau dekat dengan kolej. Boleh jalan kaki. Berebut bas is real ya adik-adik. Lagi-lagi waktu kemuncak, macam tengah hari or pagi. Lagi satu, first time jugalah aku susun jadual ni, selalunya memang ada fix subject untuk kita kan. But now, some subject kita boleh pilih and susun sendiri what time we want. Sebabtu kena pandai susun, supaya tak clash. Tips dia, susun dulu core subject korang termasuk la lab or tuto, then masa-masa yang free tu lah korang susun untuk subjek bahasa dan ppib. How to susun? korang boleh refer website website nih. Untuk code tu boleh juga refer course structure. But, the tricky part is, masa pendaftaran online, apa yang korang susun tu mungkin tak berjaya dapat, but at least you know what subject to put if yg ni dah full. Sebab tu utamakan dulu register subjek ppib then baru bahasa then baru fakulti(core subject), sebab core subject memang confirm korang ada tempat di sana. Easy aint it?
Now aku nak cerita pasal APA yang aku belajar dari semester 1. Wrap up pengajaran la kiranya.
1. Communcation is important. Level up your communication skills.
2. Being a leader is awesome. But you need to invest your time and idea to be a good leader thus enhance your teamwork!
3. Don't be afraid of doing things alone. Go to library alone, walking from lib to kolej(TPAR) alone.
4. Take care of your sleep schedule, what you eat and exercise more!
5. If you found the right circle yang selalu ingatkan kau pasal Allah, then stick to them. Hidup solo dekat uni dengan pelbagai culture shock is dangerous dear.
Also aku nak juga share apa aktiviti yang aku ikut sem 1 ni. Banyak, but aku highlight satu je.
Unit Teknikal & Protokol Technology Festival(TECH-FEST) UMS. Ni first time lah aku jadi AJK untuk event besar (peringkat antarabangsa), macam tak biasa akan ada interview,
and Alhamdulillah aku lepas lah interview tu.
Time ni dia nak tengok kau betul-betul tak nak jadi AJK, boleh ke bagi komitmen semua, etc. Aku time tu jawab jelah HAHAH. Sebab kita pun nak try, and have the experience. Ketua pengarah event ni juga merupakan setiausaha agung MPP UMS. Kitorang sefakulti, and mostly yang jadi AJK event ni from Fakulti yang sama. Dah nama Tech kan? But ada juga aku kenal dari ASTIF and so on. Ada juga sesi bergambar untuk buat kad AJK kita. Also the strap is stunning!
Yang bestnya aku jumpa lah senior-senior, kerja sama-sama dengan diorang, and berkenal-kenalan. Part yang tak best banyak komitmen yang kau kene bagi, like diorng buat berapa kali tah meeting and you must hadir lah setiap meeting tu,
if not you kena hantar surat dekat setiausaha event(not the ketua pengarah). Yes, ni untuk pupuk rasa tanggungjawab lah kat kita. Aku kan unit teknikal dan protokol so actually dalam tu terpisah kepada teknikal dan protokol. So aku pilih teknikal.
Kerja teknikal ni aku pun pelik. Like aku kene buat back-drop, like its media job gaiss!! HAHAH but Alhamdulillah kat situ aku boleh buktikan yang aku boleh buat slide yang cantik ehek. Waktu tu kena pandai lah communicate dengan unit lain untuk dapat information and so on. Also aku tak sangka ketua unit kitorang satu course dengan aku, tapi dia year 2 lah. Kat sini juga aku belajar untuk observe how they pimpin event and the process. Long story short, Event tu pun berlangsung selama 3 hari. 3 hari mat! gerak pukul 7, balik pukul 7 malam hmm kau rasa? Dahlah jauh dari kolej nak ke lib. But all is past, now dah dapat pun sijil and SDP Point! ehek, Alhamdulillah. Siap ada baju program lagi. But the experience is indeed valuable! looking forward to join more in the future. You sure? Allahuu.. considering ikhtilat and other commitment... maybe I'll think twice.
Macam mana pula cerita result semester 1? oke ke?? bagi aku cukup makan lah takda la bagus sangat and takda la teruk sangat.
Aku harap sem 2 aku dapat buat yang lebih baik! Ingat study adalah alat dan bukan matlamat. Gunakan study kita ni untuk bantu tegakkan agama Allah di muka bumi ni! Macam mana nak capai Ustaziatul Alam bila result sendiri pun asyik yang tercorot? Sahabat Nabi, bila dapat kefahaman Islam berubah hidupnya daripada yang terburuk menjadi yang terbaik. Bagaimana pula dengan kita? Allahuakbar ๐
"sesungguhnya ilmu yang terbaik ialah apabila ia diamalkan dan bukan sekadar dihafal."
Comments
Post a Comment