Degree : Year 2 Semester 2 RECAP!

 Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah💕..

Kembali lagi dalam episode recaping, tak sangka dah habis year 2.. ni nak masuk year 3 suda..

sekarang cuti sem, baru jak laa habis final exam haritu + daurah intensif hehe.. and for this week, im learning memandu and so on laa..

Tak sure jga apa yang nak direcap sbb sedih sangat sebab harapan untuk habis baca raheeq makhtum tu tak berjalan sangat, + saya perasan yang saya keep on doing the same mistake over and over again.. skills muayyashah semakin teruk huaa tak ok ok punn.. tapi maybe sy share what yang improve laa from sem lepas

1. Bergaul dengan orang lain ( macam start untuk include kan diorng dalam kehidupan, makan sama-sama, luangkan masa bersama-sama even  bukan dengan murobbi, ada rasa kepentingan lah untuk lekat dengan diorang sebab we know sorang2 is very hard!)

2. Go through TFZ. sebelum ni macam susah nak faham, tpi by time bila kita biasakan baca, biasakan bedah so dia jadi mudah untuk faham la, cuma yup still learning on memahami bahasa syed qutb

3. Menyampaikan.. lagi2 part isk kot.. dulu mcm tak tau sngt benda yng mau disampaikan.. but now nampak laa apa yang kita mau bagi dengan adik tu.. sekarang bila jumpa adik perkara yang patutnya disampaikan ialah tujuan hidup, share la benda yang mampu trigger dia untuk isk tu, and jangan lupa prepare! sebelum jumpa prepare! bukan cakap kosong jak, datang tot dengan kaka2, bukan just harapkan kaka2 join and bagi something dengan adik..

Semalam saya usrah, ooh sy tak share lagi dengan korang, masa lepas raya tuu ada usrah wida.. jadi mcm rombakan usrah laa sebenarnya.. and amazing things is...

usrah rib'i ibn Amir - gambar di rumah murobbi

layer atas dari kiri (naziatul, kak jum, azrina, affirah)

layer bawah dari kiri (nabila, amni, iffah, arin)

 hehe, actually ada satu gambar yang first meet kitorng, haha saya dapat perutusan dari kak hamizah yusof, debarr sy ingat dia murobbi baru saya rupanya just bagi mesej gitu jak.. dia suru bawa telur rebus and datang dekat zinnirah fastabiq.. MasyaAllah and jumpa laa beberapa ketul usrahmate ku nii.. Alhamdulillah, mereka menyusun, Allah juga menyusun.. dan inilah yang terbaik.. telur tuu untuk buat salad, sbb usrahmate yang lain pun dapat perutusan utk bawa certain2 things.. yeaa, thats it.. amazing thing is that, i am still with my murobbi, Kak Jum hehe, saya bersyukur, sbb saya yakin ini adalah yang terbaik utk dakwah dan tarbiah saya di bumi sabah ni hehe. ceh yup saya memang orang sabah baa.. so far so good, banyak sangat pentarbiahan yang telah dicurahkan, it is just the matter of us nak berubah or tak.. takkan jadi macam bani israel kan, yang Allah sudah bagi banyak jiddan nikmat, allah tunjuk kekuasaan, Allah bagi macam2 tapi still diorng dengan hati yang keras.. dengar tapi tak taat.. scary nya Ya Allah.. semoga kau bimbing kami untuk perbaiki kesilapan dan terus berbuat.. bukannya berlama-lamaan dalam muhasabah.. tapi takde benda yang improve.. hmm

saya kena set target la untuk sem depan. and fikir juga untuk make sure dia berjalan... timeline bukan sekadar timeline, nanti Allah tanya tauu kenapa kita tak buat..

Jangan cepat zone out Nabila.. sayang awak dah nak 2 tahun dalam tarbiah ni, tapi apa jak yang berubah? 

soalan kak jum semalam, kenapa study bole all out, sampai stay up, mau dapat 4.00, tapi kenapa dnt tak seperform itu?

saya.. takdelah perform mana sem ni.. saya tahu.. saya hampir terlepas exam tau sebab tertidur penat sangat. sebab time tu tajmik asasi and so on, follow up adik2.. and saya tahu sekarang saya tak perform dua-dua.. saya takdalah stay up sebab study academic solely, sbb dah dapat kefahaman bahawa salah study kalau awak tak buat dakwah.. sbb memang tujuan kita diciptakan ialah untuk abid dan khalifah.. study ibadah juga, tapi kalau dia menghalang awak buat ibadah yang lain like dakwah it self, haa bukan alat dah lah study awak tu.. jadi matlamat suda.. mungkin bole tengo balik zaman pt3, spm, asasi saya kut. memang gila2 study la..
PT3 dapat 9A(straigth A)
SPM dapat 9A1B
Asasi dapat 4.00 fuhh

sebab, sy jelas kenapa saya study.. kalau nda study mcmna mau dapat result yang bagus.. and kalau nda dapat result yang bagus, mcmna mau sambung bidang yang kita suka or kita minat.. we  see it secara zahir kali ya, thats why kita bertungkus lumus sangat mau dapat. the reward is obvious.

berbeza dengan dakwah dan tarbiah, kita masih belum jelas kenapa kita buat itu dan ini. syurga? oooo jaauhkah rasanya? sbb kita belum nampak it exactly.. tapi takkan mau neraka depan mata baru mau taubat? or kita sebenarnya belum yakin dengan UA yang kita mau capai tu? rasa.. bolehkah.. tangga2 tu seem impossible? the reward .. which pahala tuu kita nda dapat nampak.. soo the push factor isn't there.. i am also thinking why..

cukuplah kematian menjadi push factor awak untuk berbuat Nabila. 

كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَاِنَّمَا تُوَفَّوْنَ اُجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَاُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

(surah Ali Imran : 185)

masih berlengah-lengah, sebab tak sedar, means takda niat pun kan mau buat sebenarnya? 

so jom! Nabila make an action!

entry kalini takdelah recap mana, result exam pun x keluar lagi huhu. Anyway, bitaufik wannajah!😁

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Seminggu Di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

FOUNDATION JOURNEY | Pengalaman Asasi sains UITM Dengkil | What I can do better from Asasi experience

9 MUET TIPS | TIPS MUET MOD 2023 | HOW TO GET BAND 4.5