Degree : Year 1 Semester 2 RECAP!

 Assalamualaikum hi everyone!

Sedang berada di fasa berusaha merajinkan diri menulis dan mengupdate blog ni fuuuh💅.. Macam yang korang baca dekat title, harini aku nak share pengalaman aku sepanjang berada di semester 2 tahun 1, course Data Science UMS. Cerita sem 1 korang boleh baca sini

Excited nak share sebab sem 2 ni banyak jiddan dugaannya, baik dari side internal dan external. nak tahu tak?? jom baca sampai habis.

So, aku start kuliah untuk sem 2 pada 18 Mac 2024. Untuk 1 bulan pertama tu, kelas kitorang online, tapi tak ingat sangat sebab apa, mungkin sebab masalah air UMS, kuliah tu dalam bulan ramadhan, nak dekat raya so alang-alang bagi cuti dekat student, atau hal-hal lain. Tapi, shocking fact is that, aku tak berada dekat rumah cuti tu, aku sambut ramadhan dengan akhwat dekat Kota Kinabalu. Hee best sangat! why? sebab betul-betul hidup lah ramadahan aku tahun ni. Ramadhan tahun lalu aku sambut dekat Dengkil, so happening juga.. tapi perasaan yang aku dapat waktu ramadhan tahun ni berbeza sangat. Satu benda yg aku nak highlight adalah iktikaf. Rasanya ni first time aku iktikaf dekat masjid, dengan pengetahuan yang aku tengah iktikaf. Pernah juga iktikaf tapi feeling dia betul2 lain la. 

Antara masjid yang aku pernah iktikaf di Sabah ialah masjid 

Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang KK

Masjid Negeri Sabah

and ada satu masjid tu nama dia Masjid Negeri Sabah, first time la qiamullail dekat situ and feeling dia fuuuuhhh, sampai harini aku masih rindu untuk feel benda tu.. rasa kedekatan yang teramat sangat dengan sang pencipta, rasa yang tak boleh digambarkan, rasa Allah sangat welcoming untuk kita share masalah kita, rasa Allah all hearing, teruk la aku nangis time tu, sampai demam sampai selesema, urghh i wish to experience the same feeling again.

Also, selalu iftar jamaie di Masjid bangka-bangka dengan masjid al-Falah, memorable experience! Hopefully boleh repeat!

mouth-watering dish at bangka-bangka

Alhamdulillah. ceh tiber cerita tu kan. So aku ni sejenis yang tak suka online class sebenarnya, sebab senang distracted kot. sikit-sikit tidur, sikit-sikit makan, sikit-sikit tengo phone huu, also effort bersiap ke kelas kalau f2f tu lebih berbanding kau just duk depan laptop and menunggu lecturer. So rasa lah keberkatan tu lebih haa, ulama zaman dulu pun sanggup merentas benua, jalan kaki sampai berhari-hari semata-mata nak tuntut ilmu, kita takkan goyang kaki je? takkan tenung je laptop tu.. haa sebab tu la aku suka f2f, some cases suka la online kalau memang Waktu tu kita sakit ke, hujan ke kan.. keberkatan tu penting supaya kita ni mudah utk memahami ilmu.. haa

so struggle jugala untuk 1 bulan yang pertama tu, then a week after that aku balik umah untuk sambut raya heee, aku takkan ulas Panjang la sebab ni academic journey. Habis je raya apa semua, start la kelas f2f Alhamdulillah. Antara struggle sem 2 aku

1. Can't understand well apa yang nak disampaikan oleh lecturer

solution : Dah tahu lecturer jenis macam tu, so kita x boleh depend sangat dgn dia, start cari sources lain, buku, youtube, senior.. Tapi still mantain kan hubungan dgn lecturer supaya boleh ace utk assignment dan exam, korek2 tips haa, tapi tula kena study awal before dia mengajar dkt depan or online.. Nanti bila dia ajar, kita tinggal recap semula apa yang kita belajar, benda ni susah lah actually nak di'apply'kan sebab masa kita tersgtla suntuk utk study before lecture, tapi try jer even if you tak faham sekali imbas utk topik tu, atleast u tahu apa yg u akan belajar haritu, so preparation is important yaa!

2. Time management

solution : Jangan bertangguh! Bila kau rasa nak buat nota, GASSS teruskan buat, bila rasa nak buat assignment teruss buat!, bila rasa nak study terus buat!! Cepatkan diri bertindak dan susun masa, susun priority, kalau boleh kitalah terpaling awal buat tutorial, siap semua!

Subject yang aku ambik sem 2

Timetable sem 2

Study technique

Alhamdulillah laa, untuk sem 2 ni core subject aku semua A. So nak share la my study techniques utk tiap2 subject. 

Paling tough aku rasa ialah Computer Architecture and Organisation(CAO), Sebab dia adalah subjek Biologi versi komputer. Topik-topik dalam subjek ni sangatlah detail, every component of computer awak kene kuasai, tpi ada some subtopic yang aku suka contoh booth algorithm, divison, etc. Aku tak buat sgt nota utk subjek ni, sbb memadai je lecture note dia. Mungkin aku ace betul2 kot carrymark dia(labs(10%), quizzes(10%), assignment(20%), mid-term/test(20%) = 60%, final exam = 40%), kalau ada assignment, boleh bincg jawapan akhir dengan coursemate, jawapan akhir jerla bukan jalan kerja pun, sebab it is very helpful kalau kita ada silly mistakes. Pastu rajin-rajin dengar study tips dari lecturer sbb waktu nak dekat final sem haritu, lecturer ada bagi tips and walaupun tak 100% benda yg sama keluar, tapi dkt situ adalah hints dia. 

Untuk Object oriented Programming(OOP),  language nya ialah java! subject ni better prepare awal, make sure hadam betul2 slide lecture sbb memng semua benda ada dalam tu.. Bila buat project tu please lah rujuk lecture notes bukan main ambik je di internet, tanya chatGPT la.. ambil dari sources yang kita pun tak tahu betul ke tak. So best sebenarnya OOP ni lagi-lagi yang suka coding. assesment dia (Quiz(10%), midterm exam(20%), lab exercise(10%), project(20%), final exam(40%)). Tapi % dia boleh berubah juga ikut lecturer. 

untuk Discrete Structure(DS), dia macam math, tapi math yang more kepada proving, faham tak? Maksudnya, dia bukan mainly pasal pengiraan lah, ada ayat-ayat gituu.. Santai je subjek ni, sebab tak semua yang kita belajar tu keluar, just ikut arahan lecturer, focus topic tu, assessment siap, insyaAllah you'll be good. assesment dia (Quiz(10%), midterm exam(20%),Assignment individual(10%) group(20%), final exam(40%)).

untuk Fundamental of Data Science(FoDS), fav subject aku kot untuk sem 2 sebab lecturer ajar mudah faham Alhamdulillah. Mungkin sebab slidenya yang ringkas kut. If nak jadi Data scientist yang bagus, fahamilah betul-betul subjek ni hehe. Rajin datang lecture! assesment dia (Quiz(10%), lab(10%), Assignment(20%), mid-term(20%), final exam(40%)). Bole study awal pasal r-programming.

Nak dekat-dekat final exam tu rajin-rajin laa cari past year paper dari senior/lecturer/classmate korang, tanya je, tak tanya tak tahuu. Tu je la kot. Semangat kalian semester 2!

otw back from faculty

Jeng-jeng-jeng below is my semester 2 result, Alhamdulillah ala kulli haal.💗
semester 2 result
Jangan ditanya kenapa PEDP dgn KAM aku B+ hahah, supaya aku kekal tawadhu', benda senang pun dapat B, Astagfirullahaladzim😹





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Seminggu Di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

FOUNDATION JOURNEY | Pengalaman Asasi sains UITM Dengkil | What I can do better from Asasi experience

9 MUET TIPS | TIPS MUET MOD 2023 | HOW TO GET BAND 4.5